
Anonymous
5 tahun
Darah haid sikit tetapi berpanjangan
saya remaja berumur 16 tahun . darah haid saya sedikit tetapi berpanjangan . saya baru sahaja datang bulan dan dah habis datang bulan tetapi kenapa lepas datang bulan dan selang seminggu darah haid keluar lagi ? adakah itu normal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.