
Anonymous
5 tahun
Darah haid tak berhenti
Saya berumur 30, sudah berkahwin. Sekarang saya mengalami masalah haid yang tidak berhenti sudah hampir sebulan. Sebelum ini seperti bulan yang lepas haid saya teratur. Saya bimbang akan masalah ini. Adakah darah yang keluar itu darah haid atau sebaliknya. Saya juga sering sakit perut tapi tidak terlalu sakit. Ketika ini apa yang saya lihat, perut saya membesar seperti ada “baby” di dalam perut. Saya tidak berfikir yang saya tengah hamil kerana setiap bulan saya datang haid. Saya juga selalu rasa sukar untuk bernafas kerana perut terlalu “sesak” (membuncit).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Berdasarkan gejala yang anda hadapi iaitu perut yang membesar dan sukar bernafas akibat perut yang membuncit, dikhuatiri terdapat ketumbuhan yang besar seperti fibroid yang menyebabkan gejala tersebut. Oleh itu anda amat disarankan untuk segera merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.