
Sulit
5 tahun
Darah haid tidak berenti
Saya wanita berumur 28 tahun dan telah melahirkan 4 bulan yang lalu. Persoalan saya selepas saya bersalin saya telah mengambil suntikan perancang kehamilan dan mendapati saya tidak berhenti datang haid selama sebulan pada bulan lalu. Pada bulan sebelum ini saya haid selama dua minggu. Untuk pengetahuan dr. Darah haid yang keluar hanya sedikit selama saya mengambil suntikan tersebut. P saya telah memaklumkan kepada jururawat yang bertugas untuk memberikan suntikan namun menurut beliau ianya normal. Namun saya agak risau. Pada pandangan dr. Adakah yang saya alami ini juga adalah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan anda boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip - jika ia besar dan pecah maka ianya perlukan rawatan khusus
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - jika mempunyai sejarah pap smear positif, sejarah keluarga, faktor umur
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah haid berpanjangan ini, puncanya perlu diketahui dengan jelas agar rawatan yang diberikan juga adalah khusus kepada puncanya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.