
Sulit
5 tahun
Darah haid tidak berhenti selama 5 hari dan perut bahagian bawah sebelah kiri sakit
Bawah bahagian perut sebelah kiri sakit dan pendarahan tidak berhenti haid selama 5 hari … saya wanita berusia 20an dan belum berkahwin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut bahagian kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
- Masalah batu karang
- Sakit otot
Terdapat juga masalah sakit puan lain seperti:
Jangka masa haid yang anda nyatakan ialah normal. Pendarahan haid yang normal iala 5-7 hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.