
rajanordiana96
4 tahun
Darah haid turun selepas bersukan
Saya wanita berusia 20 an. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya menggunakan perancang keluarga jenis suntikan hampir 3 tahun. Masih menggunakan perancang keluarga. Sudah 9 bulan tidak datang haid. Tetapi sejak 3 hari lepas, saya mula bersukan untuk mengurangkan berat badan. Selepas bersukan, ada turun lendir coklat dan seperti darah. Sedikit. Tetapi ianya tiada lagi. Namun ianya berlaku lagi setiap kali bersukan tetapi menjadi jernih kembali lepas beberapa jam. Semasa lendir itu turun, ari2 saya sakit macam senggugut. Tapi sekejap sahaja. Mengapa terjadi begini doktor. Apakah sebabnya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara penyebab keluarnya lendir coklat atau spotting ini adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak seperti bersukan
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Berdasarkan keterangan anda, cecair coklat dan sakit seperti sengugut ini hanya berlaku selepas anda bersukan dan aktiviti tersebut boleh menjadi puncanya. Perkara ini biasanya adalah normal, namun begitu, sekiranya ia masih berterusan dan menimbulkan kerisauan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi dan ubat-uabtan anda adalah PERCUMA! Terima kasih.