
Sulit
3 tahun
Darah haid warna coklat selepas sebulan tidak dtg haid
Sy brumur 20 tahun , darah haid sy berwarna coklat gelap slepas sebulan tidak dtg haid. sy trkena jangkitan covid19 pada 29/8/21 dan mmpunyai simptom dan tarikh haid sepatutnya adalah 31/8/21 tp tak dtg sehingga 30/9/21. sepanjang bulan tersebut keputihan sy berwarna coklat kekuningan yang bnyak dlm beberapa hari .Tapi Pada 1/10/21 haid sy dah kluar tp warna coklat gelap kluar sikit sehingga 3/10/21 . Apakah masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tidak datang haid untuk bulan lepas mungkinnya disebab oleh jangkitan covid 19 serta bergejala. Mungkinnya jangkitan tersebut memberikan stress dan tekanan pada tubuh anda menyebabkan kitaran haid anda terjejas.
Selain itu, pada 30/09/21 hingga 03/10/21 haid anda telah kembali, namun, keluar keputihan coklat kuning, haid warna coklat gelap boleh disebab oleh beberapa perkara. Biasanya haid dan keputihan warna coklat gelap adalah tanda darah lama, boleh berlaku jika darah tinggal dalam faraj/rahim atau luar saluran darah untuk beberapa hari. Sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala lain seperti sakit perut bahagian bawah atau kemaluan, demam, kelesuan, pening dan haid berpanjangan untuk kitaran ini, mungkinnya ia bukan sesuatu berbahaya.
Anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, dan dapatkan penjelesan atau bincangkan rancangan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.