
Sulit
3 tahun
Darah haid warna coklat terangg
doktor smlm sy ingat saya datang haid… tapi saya tengok warna tidak ada darah… dia hanya coklat terang macam tu x banyak… lepastu dia keluar titik titik di atas pad saya… saya dah lewat haid 6 hari… saya check masih negatif… ini tanda apa ye doktor.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah datang haid lewat dan spotting . Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, banyak perkara boleh meyebabkan masalah tersebut. Ini termasuk:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
Oleh itu, anda seharusnya merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi sebelum ianya menjadi serius.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.