
winniebakir051201
6 tahun
Darah haid yang berlebihan dan berketul
saya remaja berumur 18tahun. saya telah mengalami masalah seperti ini setahun yang lalu. darah haid saya tidak menentu. kadang dalam jumlah yang banyak dan kadang jumlah yang sedikit. sedikit merisaukan saya ialah apabila darah haid yang keluar adalah berketul. dan saya akan mengalami haid dalam jangka masa yang panjang iaitu 3minggu.

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda menghadapi masalah haid berpanjangan, tidak teratur dan sakit ketika haid.
Terdapat pelbagai penyebab masalah kitaran haid ini. Kebanyakannya berkaitan dengan hormon atau struktur seperti rahim dan ovari. Antara masalah yang mungkin anda hidapi adalah:
- Polyscystic ovarian syndrome - terdapat banyak folikel tidak matang di dalam ovari dan ini menyebabkan ketidak seimbangan hormon
- Ketumbuhan dalam rahim - ketumbuhan fibroid atau polip boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan
- dysfunctional uterine bleeding - masalah pendarahan yang tidak dapat dikenal pasti penyebabnya
- penggunaan pil perancang atau alat perancang di dalam rahim
- masalah kalenjar tiroid
- masalah darah terlalu cair
Dalam kebanyakan wanita, sakit senggugut ketika haid adalah normal, namun ia boleh menunjukkan masalah seperti jangkitan kuman di dalam pelvis, endometriosis atau kanser. Tanpa maklumat lengkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hidapi. Pendarahan yang banyak dan lama boleh mengakibatkan komplikasi seperti masalah kekurangan darah merah iaitu anemia. Oleh itu anda adalah disarankan untuk merujuk kepada doktor. Anda boleh pergi ke klinik biasa dan setelah pemeriksaan dijalankan anda mungkin akan dirujuk kepada pakar sakit puan di hospital terdekat. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.