jajawhoa6
5 tahun
Darah iplantasi atau haid
Hai salam sejahtera. Saya wanita mempunyai anak seorang. Baru baru ni saya ada buat test upt kerana lewat 3 hari period. Result positif tp pudar. Tak lama selepas tu pada hari kelima ada keluar lendir coklat dan diikuti darah period pada malam tu. Disebabkan rasa tak sabar, dalam waktu period tu juga, saya buat test upt. Tp Result nya negative. Adakah itu darah implantasi, atau darah haid? Ataupun adakah saya buat test upt at the wrong time then then Result turn to negative? Tolong beri pencerahan utk kes saya ni doktor. Thankyou.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian UPT disarankan untuk dijalankan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas lewat haid. Kelewatan selama 3 hari boleh berlaku pada segelintir wanita dan ia adalah perkara yang normal.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami sakit pada pinggang, pendarahan berketul, demam, berlendir yang berbau, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























