
Sulit
5 tahun
Darah keluar banyak dari faraj
Hello doktor. Saya berumur 26 tahun dan belum berkahwin… period saya tak teratur. Untuk few months, period saya datang pada 18hb. Then for few months later, period saya datang pada 8hb… but since last months, period tak datang2. But on the 23rd of february darah start turun tapi sikit2. Darah start turun banyak on the 28th of February and ada ketulan darah beku juga… until today darah still turun banyak, menyebabkan saya kena tukar pad banyak kali. Saya harap doktor boleh terangkan apa masalah atau penyakit yang saya ada sekarang ni…
Tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda mengalami masalah darah haid tidak teratur dan baru-baru ini darah haid anda datang dengan banyak disertai dengan darah beku. Untuk memberi kesimpulan mengenai masalah anda, banyak lagi maklumat lain yang harus saya ketahui. Oleh itu berikut hanyalah sebab umum ynag boleh menyumbang kepada masalah haid tidak teratur.
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Penyakit kesihatan lain: masalah tiroid, kencing manis yang tidak terkawal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.