
Sulit
4 tahun
Darah keluar bersama keputihan tidak pasti hamil mahupun penyakit merbahaya
Saya wanita berumur 32 tahun. Last period 25hb bulan lalu, pagi tadi keputihan dan darah keluar dari vagina…saya cuma mahu tahu apakah saya mengalami penyakit merbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keputihan dan darah yang keluar daripada lubang faraj yang berlaku semenjak ini. Untuk makluman puan, keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku.
Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:
- Jangkitan kuman atau STI (sexual transmitted infections) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.