
nurulsyazwani082
5 tahun
Darah keluar dalam tempoh yg panjang
Saya wanita berumur 23 tahun…sye baru melahirkan bayi pada 28.01.2019 dan baby kini berusia 4 bulan…saya nak kepastian…normal kan sekiranya darah keluar dalam tempoh berpanjangan sehingga kini…dari lepas beesalin hingga sekarang…non stop…mohon pencerahan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, selepas 10 hari bersalin, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Pelepasan Lokia ini boleh berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusu badan atau sedang menyusu badan. Jika pelepasan anda mempunyai kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang selanjutnya mengenai pendarahan tersebut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.