Anonymous
6 tahun
Darah keluar dari bahagian dubur
salam doktor. sy seorang wanita berusia 26 tahun. doktor, sudah hampir seminggu sy alami rasa sakit pada bahagian dubur. saya tak mengalami sembelit cuma sakit ini bermula selepas buang air besar. terdapat juga bonjolan2 pada bahagian luar dubur yg seperti terkeluar dari bahagian dalam nya. 2 hari yang lepas terdapat sedikit darah keluar dari bahagian sulit saya. mulanya sy fikir darah period. tapi agak pelik kerana belum sampai tempoh sy sepatutnya period. pada hari seterusnya darah keluar dengan banyak seperti heavy period. tapi bila sy check berkali kali darah tersebut keluar dari dubur saya. dan keadaan sy pada hari tersebut agak lemah berbanding hari biasa. mungkin sebab takut. pada hari ketiga darah masih keluar tapi tidak bnyak. doktor, apakah yang sedang sy hadapi. sy tahu mengenai buasir dan pernah kena sekitar 5 tahun lepas kerana sering mengangkat barang2 berat semasa berkerja dalam bidang perhotelan tapi tidak seteruk ini. boleh doktor beri penjelasan mengenai keadaan sy. terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai buasir atau haemorrhoids. Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah sembelit, kurang senaman, berat badan berlebihan dan penuaan. Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur. Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami .Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.




























