
izaraabdullah9088
5 tahun
Darah keluar daripada faraj ketika melakukan hubungan kelamin
Saya wanita berusia 31 tahun dan sudah berkahwin.saya konfius la dr kenapa ketika saya bersama suami darah keluar dgn kuantiti yang banyak tapi cair sedangkan saya baru habis period 5 hari yg lepas. Dalam islam pon mengharamkan bersama ketika haid kan dr…saya buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan yang berlaku setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.