
cikfatunahsuleiman
5 tahun
Darah keluar lebih 60 hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor… sy wanita berusia 28 tahun dah baru melahirkan anak 2 bulan lepas (28mei2019)… darah nifas keluar seperti biasa pada peringkat awal berpantang… dan pada minggu ketiga…darah sudah mulai kurang dan ada keluar cecair berwarna kuning. Walaubagaimanapun, darah dan cecair kuning keluar berselang seli sehingga hari ke 43, pada hari ke 44 keluar darah seakan akan darah haid yang agak banyak dan kemudian beransur sedikit menjadi lendir merah kecoklatan. Hari ke 50, faraj saya kemudiannya mengeluarkan keputihan y berwarna kekuningan bercampur darah kecoklatan, dan kemudian berubah menjadi lendir merah coklat yang keluar sehingga hari ini (hari ke 61). Adakalanya faraj juga merembeskan darah berwarna merah kecoklatan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Adakah saya mempunyai masalah? Dan saya agak tertekan dengan keadaan ini kerana darah saya tidak berhenti walaupun pengeluaran hanya sedikit. Hal ini menggusarkan dan membimbangkan saya. Mohon doktor bantu beri penjelasan. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisistik Ovari atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - Punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala tambahan seperti sakit perut, hilang berat badan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.