
rabiul
5 tahun
Darah keluar semasa bersetubuh tapi tidak sakit
saya wanita berumur 39thun…sudah berkahwin dn mempunyai 7org ank. Lebih kurang 3bln yg lepas sehingga skrg vagina saya selalu mengeluarkan darah semasa melakukan persetubuhan dgn suami saya tetapi tidak merasa sakit semasa bersama dgn suami Saya berasa amat takut dn segan utk berjumpa doktor… Bila selesai bersetubuh saya terus cuci kemaluan saya… lepas tu tidak berdarah lg. Utuk pengetahuan doktor bau darah tu lebih kurang bau darah period saya… period saya pn kadang2 dua atau tiga hari saja sebulan… saya perlu jawapan doktor… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.