
Sulit
4 tahun
Darah ketika hamil 9 minggu
Saya wanita 20’an and saya hamil 9 minggu . Saya ingin bertanya jika hamil 9 minggu akan berlakunya spotting? Kerana waktu petang tadi ketika membuang air kecil ada darah di pakaian dalam saya dan ada sedikit keluar ketika saya membuang air kecil dan malam ini pon sama. Adakah ini membahayakan baby di dalam perut saya? Kerana darah tersebut kelihatan seperti light period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pendarahan yang berlaku pada 9 minggu kehamilan. Untuk makluman anda, pendarahan atau spotting tidak semestinya menandakan keguguran pada trimester yang pertama. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lain seperti:
- Pendarahan implantasi
- Kehamilan ektopik
- Jangkitan serviks atau rahim
- Keguguran
- Kehamilan molar. Dimana plasenta anda mengalami penumbuhan yang tidak normal.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Sakit seperti senggugut
- Pendarahan yang berlebihan
- Sakit kepala, demam, ataupun muntah dan loya yang berpanjangan
- Pendarahan yang melibatkan ketulan daging atau berwarna coklat
- Kegatalan atau keputihan selain warna jernih yang keluar daripada faraj.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.