
Sulit
5 tahun
Darah lebih banyak dan berketul tidak seperti bulan sebelumnya
sy wanita berumur 24 tahun dan dah berkahwin. masalah yg sy hadapi skrg adalah bulan ni period sy tidak seperti period sebelum ni , iaitu lebih bnyak darah keluar dan banyak yang berketul . Adakah ni perkara normal atau yang lain? dan utk pngetahuan dr. period sy jugk setiap bulan bukn jatuh pada tarikh yg sama boleh jadi awal bulan tngah bulan dan hjung . mohon pencerahan . tq dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan/ pil hormon
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Secara saintifik ia masih dikiri haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.