
missznita01
4 tahun
Darah lepas cabut gigi
Saya wanita berumur 33 tahun. Gigi bongsu saya bermasalah apabila saya makan. Makanan selalu tersangkut dicelah gigi bongsu saya. Semalam saya ke klinik dan cabut gigi bongsu itu. Darah ada keluar dan saya agak dah berhenti selepas beberapa jam tetapi saya terjaga dari tidur pada malam itu dan meludah…saya nampak ada darah lagi. Saya kumur dengan air garam dan air sejuk. Boleh tak saya gosok gigi seperti biasa dan mcm mana nak hentikan datah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas mencabut gigi boleh disebabkan:
- Kesan cabutan gigi yang besar - oleh itu, ia memerlukan masa untuk menutup sepenuhnya kesan tersebut
- Kesan pengambilan ubat - seperti aspirin/ibuprofen
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berkumur air garam, letakkan kapas kecil pada kawasan gigi tersebut serta makan makanan lembut seperti bubur. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.