
Anonymous
5 tahun
Darah masih keluar dalam tempoh yg panjang
Saya wanita berumur 23 tahun…sye baru melahirkan bayi pada 28.01.2019 dan baby kini berusia 4 bulan…saya nak kepastian…normal kan sekiranya darah keluar dalam tempoh berpanjangan sehingga kini…dari lepas beesalin hingga sekarang…non stop…mohon pencerahan

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
- Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa), kebanyakan adalah disebabkan oleh gangguan hormone.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau serviks
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Diagnosa punca pendarahan berlebihan adalah sukar kerana senarai punca yang panjang. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pihak kami supaya maklumat yang selanjutnya boleh diberikan sebelum kesimpulan dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.