
fizanuji
5 tahun
Darah masih tinggi walaupun mengambil ubat
Sy umur 33,dan sudah 3 minggu sy mengmbil ubat darah tinggi. Masalahnye darah saya masih tinggi ketika sy cek sendiri tekanan darah dalam keadaan relax di rumah.biasa 136/98 ke 141/99. Kadang2 turun129/97. Sy sudah ambil darah,dan result semua ok kecuali bacaan darah hati 109. Knp darah sy msh tinggi doc?
Ubat sy :perindopril. 1/2 biji
Amlodipine 1/2 biji

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk menukar jenis ubat atau dos ubat anda.
Jika anda cuma mengalami tekanan darah tinggi akibat takut kepada pakar perubatan atau dikenali sebagai “white coat hypertension”, anda perlu membuktikannya kepada doktor dengan menyimpan rekod bacaan tekanan darah anda sepanjang masa.
Jenis darah hati yang meningkat perlu diketahui sebelum membuat sebarang kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.