
Anonymous
4 tahun
Darah merah pekat keluar spt haid
Petang doktor.saya nak tanya…adakah saya mengalami penyakit yg saya tidak ketahui.saya telah mengambil pil cytotec sebanyak 4kali.dan kali yg keempat berlaku perubahan pada diri saya iaitu keluar darah pada bahagian vagina secara tiba² dalam masa² tertentu…dan darah itu berupa warna merah pekat.ia datang 2-3 kali dalam seminggu pada hari yg berlainan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, salah satu reaksi yang tidak diinginkan akibat ubat cytotec adalah perdarahan abnormal vagina. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor untuk dapat ditangani lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.