
fabs394
5 tahun
Darah nifas atau keputihan?
Saya keguguran 14w6d pada 18/10/2019. Kemudian darah merah keluar berlanjutan seperti haid hingga lah 1bulan+ keluar cecair warna coklat sikit² seperti penghujung haid.
Hampir 2 bulan selepas keguguran pun masih ada, kadang² turun lendir coklat pada seluar dalam. bila x turun, calit sekejap dgn cotton bud ke dalam vagina, masih ada warna coklatnya.
Tapi sekarang ni berselang seli dengan lendir bercampur darah merah… contohnya, hari ni coklat, hari esok lendir+darah, hari lusa coklat balik, dan seterusnga. Dan rasa sakit+sengal+ngilu bahagian bawah perut hingga ke pinggang…
Adakah masih darah selepas keguguran atau dah dikira sebagai keputihan?
15/12/2019

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini adalah normal untuk wanita yang mengalami keguguran. Pendarahan ini mungkin mengambil masa 6 hingga 8 miggu untuk berhenti akibat ketidakseimbangan tahap hormon anda selepas keguguran.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam tinggi, sakit perut, pendarahan yang tidak berhenti-henti sehingga anda berasa pening dan lemah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor kadar segera kerana mungkin terdapat masalah lain. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.