
opieyaya23
5 tahun
Darah nifas berbau dan sakit tulang
Saya wanita umur 28 ini kelahiran bayi ke 3 normal .saya mengalami sakit tulang pelvis dan pinggul sejak kandungan 6bulan sampai bersalin. 15 hari selepas bersalin saya dapati darah nifas berbau dan sakit tulang pinggul saya pon masih ada dan akan menyerang tiap kali saya berbaring .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah nifas biasanya keluar untuk 4 ke 6 minggu selepas bersalin. Pada 3 hari yang pertama selepas bersalin, anda akan mengalami darah nifas yang berwarna merah terang, seperti semasa datang haid. Pada hari ke-4 hingga 7, darah akan berwarna merah jambu atau coklat. Selepas itu, anda akan mengalami keluaran berwarna kuning atau putih. Garis masa untuk perubahan warna darah nifas ini mungkin berbeza mengikut individu. Kebiasaannya, darah nifas mungkin berbau sedikit kerana darah ini bercampur dengan bakteria dari faraj. Namun, sekiranya bau ini semakin teruk walaupun ketika anda sudah berhenti mengeluarkan darah nifas, anda harus merujuk perkara ini kepada doktor dengan segera. Tanda ini dengan sakit bahagian bawah ari-ari, demam dan kegatalan kelamin mungkin menandakan jangkitan kuman.
Sakit pinggul pula akan beransur pulih kerana ini adalah antara satu perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan anda untuk menampung berat bayi anda semasa mengandung. Berikan masa untuk badan anda kembali ke normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.