
Anonymous
4 tahun
Darah nifas keguguran
Saya gugur kandungan umur 7 minggu, sya gugur pada 15.7.2019 dan hari ni masuk hari ke 6. Sya gugur, tapi saya lihat masih ada darah seperti haid hari le 2 yg keluar. Adakah normal darah keluar sebegitu? Atau sepatutnya darah sudah kering?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah yang keluar dari faraj anda setelah keguguran boleh disebabkan:
- Lebihan keguguran
- Tisu endometrium - tisu lapisan rahim
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
Pendarahan yang berlaku mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk hilang namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.