
Anonymous
5 tahun
Darah nifas Selepas bersalin ceaser
Umur saya 32tahun dan baru 42hari melahirkan anak ke-6. Anak yang ke 6 ini saya bersalin secara ceaser (pengalaman pertama). Masalah saya, darah nifas saya keluar seperti biasa dan berhenti apabila minggu yang ketiga… selama 10 hari dan datang kembali seperti warna coklat tua, berlendir dan berbau busuk seperti nanah bercampur bau darah. Adakah itu dikira sebagai darah nifas ? atau saya ada masalah dengsn keputihan ? kerana sebelum ini (anak no 1-5 ) apabila darah nifas saya berhenti maka tiada lagi darah yang keluar dan biasanya tidak mempunyai bau dan selang sebulsn selepas itu darah haid saya keluar. Saya ada bertanyakan dengan doktor tapi doktor cakap itu jangkitan kuman dekat miss v saya, tapi saya rasa tidak kerana warna darah tu coklat tua kehitam-hitaman. Perlukah saya dapatkan rawatan ? atau tunggu sehingga ia bersih ? dan berapa lama darah tersebut akan keluar ? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan berwarna coklat serta bau bususk yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Jangkitan didalam rahim atau kemaluan selepas bersalin
- Pendarahan nifas beserta jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Darah nifas yang lama ter-oksida
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan darah berwarna gelap seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.