
nurshiril0924
2 tahun
Darah nifas tidak berhenti
hai doctor saya berusia 26tahun. saya ibu kepada 3 org ank dan sye bru lepas bersalin 58hari. pada hari ke 31 saya ada ambil perancang (cucuk depo) dan pada hari ke 40darah sudah kering, pada hari ke 45 darah kelua lg smpai sekarang adakah itu darah nifas? jika darah masih kelua lebih 60hari adakah itu disebabkan perancang atau penyakit? darah yg kelua sekarang ney tidak bnyk mcm last2 priod tapi setiap hari.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan puan, keadaan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan kesan pengambilan suntikan perancang
- Masalah dengan pembekuan darah
- Masalah di dalam rahim
Oleh itu, anda haruslah merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui punca pendarahan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan penerangan lanjut. Terima kasih.