
nurwinazakaria
4 tahun
Darah pada keputihan
Saya wanita 25 thn. Belum berkahwin dan obesiti. Kitaran haid saya tidak stabil. Last period pada September 2020, sekarang; 14.1.21. dalam dua minggu sekali akan ada tompokan darah (bersaiz satu titik) atau darah yang keluar bersama keputihan berlaku yang menyebabkan kekeliruan sama ada itu haid ataupun bukan. Adakah ini tanda kanser serviks dan apa tindakan seterusnya yang saya perlu lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, keadaan yang anda alami dikenali sebagai spotting. Spotting adalah terma yang digunakan untuk mengatakan seseorang itu mengalami pendarahan di antara dua waktu haid. Namun begitu, maklumat mengenai kitaran haid anda amat diperlukan untuk mengetahui bentuk kitarannya supaya dapat membezakan anda mengalami haid ataupun spotting pada masa tersebut.
Berikut merupakan antara sebab mengapa seseorang itu mengalami spotting:
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.