
Sulit
5 tahun
Darah period banyak dan bewarna hitam
Hi doktor,period saya berpanjangan lebih dari 8 hari dan ada ketulan darah yang besar seperti daging keluar dan darah haid yang kwluar mwngalir tanpa henti,dan ianya berhenti pada hari ke11 kemudian hari ke 12 darah bewarna hitam mula keluar tapi dalam kuantiti sedikit tapi ianya tidak berhenti dan berlanjutan hingga 5 hari dan kadang kadang ia berterusan mengeluarkan darah bewarna merah pula dan berlanjutan hingga 2 minggu atau lebih. Saya runsing doktor benda ni berlanjutan dah lebih dari setengah tahun apakah masalah saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.