Sulit
4 tahun
Darah period berwarna hitam gelap dan berketul pada awal period
Hi, doc. Saya wanita berumur 21 thn, dan belum berkahwin. Saya notice 3 bulan yang lalu, setiap kali saya period , darah period saya berwarna hitam dan ianya berketul pada 3 hari pertama, then keluar sedikit shj. Dan pada hari keempat darah period kembali bewarna merah. Kitaran haid masih teratur setiap bulan. Since 3 bulan lepas, saya ad amalkan vitamin c, dan sekarang saya dh berhenti amalkan semenjak 3 minggu yang lalu. Adakah darah period berwarna hitam dan berketul itu normal bg masalah saya ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, ketulan darah sewaktu haid merupakan kejadian yang normal. Ketulan darah yang normal adalah ketulan yang kecil, berlaku pada awal kitaran haid dan bewarna merah cerah atau merah gelap. Namun begitu, terdapat perkara yang boleh menyebabkan pembentukan ketulan darah yang besar waktu haid, seperti:
- gangguan hormon
- fibroid
- penyakit endometriosis
- adenomyosis
- kanser
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai ketulan darah yang besar melebihi 0.5cm dan kerap berlaku, dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau dengan haid tidak teratur? Pakar sakit puan sedia untuk membantu!



























