Sulit
5 tahun
Darah period lebih sebulan selepas amek enjection perancang
Sy ayu, sy berusia 32thn,sy baru lepas bersalin cyzer skrng ni da 3bulan,genap sebulan sy datang haid, dan sy pergi klinik untuk ambil perancang secara enjection 3bulan sekali, slps sy buat enjection tu darah sy xberhenti smpai skrng tp xbnyk, bile sy buat keje berat darah tu akan keluar, dan sy rase dlm perut tempat operation tu sakit mcm mule2 sy baru lps bersalin, dan sy sentiasa rase nk pitam dan bdn sy sentiasa rasa seram sejuk… Sbb sblm ni slps sy bersalin seminggu sy dimasuk kn kedlm hospital dan di masuk kn didlm wad selama 4hari sbb ade jangkitan kuman doc bole bantu sy,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Untuk makluman anda, pendarahan ringan ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























