
Anonymous
5 tahun
Darah period sangkut
Hi Dr, saya wanita berumur 25 tahun. Period saya bulan puasa ni tak tetap. Sebelum ni smooth sahaja period saya bulan2 takda sangkut. Tp bulan ni jadi sangkut dan darah keluar sikit2, period first datang hari tu 7/5 - 12/5 , 12/5 tu Saya ad jumpa Dr, Dr ckp sbb hormon so dia bg saya ubat lancar period. Saya makan ubt tu tapi darah dh kering tak keluar. So darah stop 4 hari… saya igt dah stop… tiba2 darah sikit2 tu Datang balik 17/5-19/5. Jadi menganggu ibadah puasa saya. So saya sambung puasa sbb dh stop, hari ni 22/5 darah sikit2 tu keluar lagi. Ini dikira darah haid atau tidak Dr? ♀

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan, seperti yang telah diterangkan oleh doktor, terdapat kemungkinan haid anda terganggu akibat hormon yang tidak stabil. Namun begitu, kami perlu mengetahui apakah ubat yang diberikan oleh doktor untuk membantu melancarkan haid anda sebelum membuat kesimpulan. Terdapat kemungkinan ubat tersebut menyebabkan haid anda berpanjangan atau berlebihan dan sebab itulah anda datang haid kembali.
Untuk mengetahui punca haid tidak lancar dan merawatnya, sila bercakap dengan doktor bagi memberikan keterangan lanjut.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih