Sulit
4 tahun
Darah Period sedikit dan tempoh yang sekejap
Hi doktor, saya berumur 28tahun dan sudah berkahwin. Untuk setahun yang lepas saya hanya mengalami period selama 3-4 hari sahaja, di mana hanya untuk hari kedua sahaja darah period akan kelihatan normal. Untuk hari pertama , ketiga dan keempat hanya tompokkan sahaja. Tapi kitaran period saya teratur setiap bulan dan tidak pernah lambat atau cepat. Adakah ini normal dan adakah ia akan menyebabkan permasalahan jika saya ingin mengandung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tempoh haid yang normal boleh berubah daripada 4 hingga 10 hari. Anda masih lagi dalam tempoh yang normal.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala seperti sakit pada rahim, haid berlebihan, berpanjangan, haid tidak teratur, pendarahan selepas berhubungan intim, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.