
Sulit
4 tahun
Darah period terlalu lama
Sya bru lpas keguguran… semingu selepas keguguran sye terus period. Mula2 period warna darah kehitaman… hari ke 6 darah sya dh brtukar warna merah dan berketul2… adakah itu normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan berlebihan daripada faraj selepas keguguran boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
keguguran yang tidak lengkap (masih terdapat bahagian bayi yang tertinggal di dalam rahim)
Jangkitan Keradangan Pelvis (“Pelvic Inflammatory Disease” - akibat jangkitan kuman selepas prosedur tersebut)
Penyakit mudah berdarah (seperti pengambilan aspirin, Penyakit Von Wilbebrand dan lain-lain)
Luka pada serviks
Polip Endometrial (yang mungkin pecah sewaktu keguguran)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian atau berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.