
Sulit
5 tahun
Darah “period” tidak berhenti
Saya wanita berumur 24 tahun dan seorang pelajar. saya mengalami masalah period yg tidak menentu,kadang2 berhenti. Sekarang saya mngalami “period” yang panjang iaitu melebihi 15 hari,tetapi darah yang keluar adalah sedikit tetapi bila melalui hari kitaran period yg saya kira (sekitar 23hb) darah saya keluar dgn banyak dan kandang2 berketul.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid yang berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.