
Sulit
4 tahun
Darah period tidak teratur kadang-kadang darah merah , kadang-kadang coklat
saya berumur 27 tahun. Sebelum ini period saya normal sepperti biasa, namun sejak Jun 2020, period saya datang 15 hari sekali. namun period saya seperti rotate. which means if this month mmg keluar darah merah, next month keluar mcm coklat je. and sometime after suci seminggu keluar cecair coklat tapi sgt sedikit. mohon pencerahan Dr. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!