Anonymous
6 tahun
Darah period yg belanjutan selama 1 bulan ke 1 bulan lebih
Saya remaja yg berumur 20an, mengalami keadaan ini sejak awal tahun lalu 2019. Awal tahun 2018 saya ade mengambil ubat jamu sampingan tanpa nasihat doktor, tapi saya rase yg mengambil ubat tu membuat keadaan saya bertambah teruk . Period langsung tak datang selama 5 bulan . Dan saya mengambil keputusan utk berhenti mengambil ubat itu dan secara tidak langsung period saya datang tetapi agak lame contoh 1 bulan lebih lepastu sebulan tak datang langsung . Tidak normal. Apakah nasihat doktor ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































