Sulit
3 tahun
Darah priod yang banyak adakah normal?
Umur saya 25 thun, saya makan pill hormon yg dberi doc pakar, skrang ni darah priod saya sgt bnyak.adakah normal
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan kesan sampingan ubat yang anda ambil namun terdapat juga punca lain berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Sekiranya masalah in berterusan dan bertambah teruk sehingga anda berhadapan dengan simptom dibawah, kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya :
- Sesak nafas
- Kelihatan pucat
- Pening kepala
- Pitam
- Jantung berdegup kencang
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih