
Anonymous
5 tahun
Darah segar keluar selepas habis waktu darah haid
Saya wanita berumur 28 tahun telah mengalami keluar darah segar dengan cecair keputihan selepas habis darah haid.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologi.
Keputihan fisiologi ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologi selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.