Sulit
4 tahun
“darah” selepas bersama
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya nak bertanya, bulan lepas (April) period saya skip. Bulan ni (Mei) hari pertama period saya 10/05. Semalam 25/05 selepas bersama, saya rasa kram perut dan sprt simtom period serta mengalami pendarahan sedikit semasa lap@cuci selepas bersama.
Apakah punca tersebut? Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Umumnya, pendarahan faraj selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
- Atau gangguan kitaran haid
Tambahan lagi, pendarahan selepas hubungan seks (selain akibat dari gangguan kitaran haid) adalh tidak normal sama sekali dan amat membimbangkan.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengambilan sampel cecair dari faraj mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh mengklik pautan ini untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.

































