Anonymous
6 tahun
Darah selepas bersama
Hi. Sy berumur 30thn. Sy telah berkahwin dan mempunyai 2 org anak lelaki. Sy nak tanya, mlm semalam sy telah bersama dgn suami. Dalam 2 3 jam selepas bgn dari tido utk ke toilet dan didapati ada darah dan tak sakit.Untuk pengetahuan doc, sy ada ambil perancang keluarga secara injection dan last sy period adalah bln 2/2019… saya tidak pasti ini adalah darah period atau sebaliknya… mohon pendapat.terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan perancangan keluarga
- Pendarahan haid
- Pendarahan implantasi
- Polip pada serviks/rahim
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti ibuprofen/aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































