Sulit
5 tahun
Darah selepas membuat DNC
saya baru melakukan DNC kerana gugur 4-5 minggu.Soalan saya,berapa lama darah selepas DNC akan berlarutan memandangkan saya masih tak dapat berpuasa lagi. Minggu pertama DNC, darah keluar dengan sedikit,dan saya hanya memakai pantiliner. Tetapi pada minggu kedua,darah semakin banyak,tapi masih terkawal seperti heavy period sahaja. Sya juga telah melakukan pemeriksaan dengan doc,beliau mengatakan perut saya dah kosong,dan nipis,takde apa perlu dirisaukan…cuma saya nak tahu selalunya datah selepas DNC gugur 4-5 minggu sama panjang ke dengan gugur biasa?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pendarahan selepas D&C boleh berlansung selama 10-14 hari. Namun, jika sepanjang tempoh pendarahan terdapat ketulan, gejala demam, sakit dan keluar cecair berbau, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor.
Bagaimanapun, bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































