
izazytazry
6 tahun
Darah tidak berhenti selama lebih 5 bulan
Saya wanita berusia 24 tahun, pelajar master dalam research mode di salah satu universiti awam. Masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah haid berpanjangan lebih dari enam bulan. Dalam sebulan (30 hari), hanya sehari, dua sahaja saya bersih. Kemudian saya akan kembali period. Saya rasa mungkin berpunca dari stress, tapi saya tidaklah merasai stress. Apa yang perlu saya lakukan ya Doktor?
Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan.Antaranya ialah:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk hal ini antaranya ialah:
Pil perancang
Asid Tranexamic : mengurangkan pendarahan haid
Penggunaan IUCD(Intrauterine Contraceptive Device)
Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.