
Sulit
3 tahun
Darah tinggi atau sinus saya hadapi ni
Saya lelaki 25 tahun… sejak dua menjak ni menjelang waktu senja je, kepala selalu pening(tiada sakit).minum air secawan,pening tu hilang mcm tiada apa2 berlaku.yg saya perasan bila waktu saya pening hidung saya akan tersumbat sebelah,berhinguskan warna hijau dan berbau busuk(mcm bau sampah).kadang tu hanya bahagian kepala je yg agak panas suam. Kadang² rasa keletihan n sukar bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami gejala pening, hidung tersumbat serta sukar bernafas. Adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah pening kepala yang berkaitan dengan hidung tersumbat dapat berpunca daripada beberapa perkara, seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius seperti:
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Memandangkan penularan wabak COVID-19 ketika ini masih di tahap membimbangkan, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau gejala yang anda alami dan anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.