
Sulit
4 tahun
Darah tinggi dan sakit kepala
saya nurul 28 tahun ada tekanan darah tinggi. pada mula nya dokter bagi saya ubat hovasc 5mg. selepas itu dokter tukar kepada provinace 4mg. masalah sekarang selepas makan ubat darah tinggi kepala saya akan pening dan sakit kepala terutama dibahagian tengkuk terutama pada waktu pagi. adakah kerana ubat tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala dan darah tinggi merupakan masalah yang sering dihadapi. Adalah munasabah jika darah tinggi dikatakan sebagai salah satu punca sakit kepala. Hubungan sakit kepala dan darah tinggi masih tidak jelas buat masa ini. Pakar-pakar berpendapat bahawa darah tinggi tidak menyebabkan sakit kepala pada peringkat rendah atau sederhana.
Sakit kepala boleh dibahagikan kepada 2 kategori.
Kategori pertama adalah sakit kepala yang berpunca daripada masalah saraf di dalam otak seperti sakit kepala disebabkan oleh tekanan, migrain dan sakit kepala kluster. Hampir 90% kes sakit kepala berada dalam kumpulan ini.
Tanda-tanda sakit kepala disebabkan oleh tekanan adalah kesakitan di kedua-dua belah kepala, ketegangan bahu, otot leher dan kepala. Migrain pula boleh disebabkan oleh:
- tekanan emosi atau fizikal
- aktiviti fizikal
- kekurangan tidur
- haid
- ubat seperti pil pencegah kehamilan
- lapar
- trauma
- sesetengah makanan.
Tanda-tanda migrain termasuk sakit kepala, loya dan muntah. Sakit kepala biasanya berdenyut-denyut di sebelah kepala sahaja dan menjadi lebih teruk kerana cahaya terang dan aktiviti fizikal. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan:
- Dengan aura (bintik-bintik terang, kilat, perubahan warna)
- Tanpa aura
Sakit kepala kluster merupakan serangan sakit kepala teruk yang berlanjutan dari beberapa minit sehingga beberapa jam. Serangan ini berulang setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan. Pesakit mungkin bebas daripada kesakitan untuk beberapa bulan atau tahun. Sakit kepala kluster jarang ditemui.
Kategori kedua adalah sakit kepala yang disebabkan oleh masalah di luar sistem saraf seperti darah tinggi yang serius, kanser otak, komplikasi kehamilan dan serangan angin ahmar.
Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, jumpa doktor dengan segera:
- Sakit kepala yang paling teruk pernah dialami atau menjadi makin teruk dengan cepat
- Sakit kepala, hilang kesedaran, sawan atau perubahan sensorium
- Sakit kepala teruk, demam dan ketegangan leher
- Sakit kepala dengan gejala visual, lemah dan kebas anggota buat kali pertama
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.