
maymayazhar
5 tahun
Darah tinggi ke? Apa punca?
Hi doctor. Haritu saya ada pergi klinik since saya punya tonsil bengkak. Bila sampai counter untuk check tekanan darah tiba2 nurse tanya umur. & nurse agak pelik bila dia tengok seorang perempuan berumur 21tahun & sambil2 tu tengok record tu. & saya nampak bacaannya 145. 145 tu tinggi ke? Saya ada darah tinggi ke? Kalau punca dari stress, saya takda terlalu fikirkan apa2. Maksudnya saya dalam keadaan yang normal time tu. Boleh ke orang muda kena darah tinggi? Apa yang boleh buat ye selain makan ubat? Sebab saya kerja customer service so stress dari kerja tapi kami still kerja gelak2 have fun.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk seseorang itu mempunyai diagnosis darah tinggi, mereka perlu mempunyai bacaan darah tinggi di rumah yang konsisten selama 1-2 minggu. Pada kebiasaannya mereka akan merekodkan bacaan pada waktu pagi selepas tidur dan sebelum tidur setiap hari selama 1-2 minggu menggunakan mesin tekanan darah yang dibeli atau dibekalkan doktor. Jika bacaan konsisten, maka barulah diagnosis tekanan darah tinggi dapat dibuat. Bacaan yang tinggi apabila datang ke klinik juga dikenali sebagai “white-coat hypertension”. Hal ini terjadi kerana seseorang itu samada gementar ataupun dalam keadaan sakit akibat demam dan sebagainya.
Bacaan 145 sememangnya tinggi dan jika anda risau sekiranya anda mempunyai darah tinggi, anda boleh ke klinik semula untuk membuat pemeriksaan. Darah tinggi boleh juga kena pada orang muda dan punca kepada darah tinggi adalah kebiasaannya tidak diketahui (“idiopathic”). Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.