fadzli

5 tahun

Darah tinggi tak terkawal

Doktor, betul ke kalau darah tinggi tak terkawal nanti boleh kena sakit buah pinggang? Apa kaitannya?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Ya, darah tinggi adalah salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Tekanan darah tinggi yang berlanjutan boleh merosakkan saluran darah di dalam badan kita secara perlahan-lahan. Ini akan menjejaskan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang dan merosakkan nefron (unit-unit penapisan yang kecil di dalam buah pinggang).

Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan sisa buangan dan air yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, air yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.

Penyakit buah pinggang juga merupakan punca utama darah tinggi sekunder. Buah pinggang berfungsi untuk mengekalkan tekanan darah dalam paras sihat. Buah pinggang yang rosak tidak mampu membantu mengawal tekanan darah dan menaikkan tekanan darah.

Semua orang yang mempunyai darah tinggi berisiko mendapat penyakit buah pinggang. Faktor-faktor yang menaikkan risiko mendapat penyakit buah pinggang termasuk orang yang mempunyai kencing manis, sering makan ubat tahan sakit atau suplemen yang tidak diketahui kesan sampingannya, orang yang mempunyai penyakit arteri koronari, dan orang yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang.

Orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang perlu menerima rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang. Oleh itu, pengawalan tekanan darah adalah sangat penting untuk mencegah dan memperlahankan proses kerosakan buah pinggang.
Ubat-ubatan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu mengawal tekanan darah.

Gaya hidup yang sihat termasuk pemakanan yang sihat, melakukan senaman, mengekalkan berat badan yang sihat, tidak merokok, mengelakkan ubat-ubatan tertentu dan menangani stres dengan efektif. Daripada segi rawatan perubatan, kawalan tekanan darah dan proteinuria (protein dalam kencing) adalah faktor-faktor yang penting untuk melambatkan kerosakan buah pinggang.

Ubat-ubatan darah tinggi seperti angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACEI) dan angiotensin receptor blockers (ARB) yang boleh mengurangkan proteinuria diberi keutamaan.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)