
aniswani24
5 tahun
Darah yang keluar tidak teratur
Dr. Saya dah mengalami period pada 1 ogos hingga 8 ogos dan pada 9 ogos saya melakukan hubungan intim bersama suami tetapi kami tidak merancang untuk mempunyai anak dan suami saya terlepas air mani nya hanya dalam kuantiti yang sedikit di dalam dan saya terus makan postinor 2 dalam jangka masa 24 jam dan sekarang pada 17 ogos, keluar darah bewarna hitam dan saya mengalami kram di perut. Adakah itu effect ubat atau implantasi telah berlaku? Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah berwarna hitam yang anda alami boleh disebabkan:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Kesan pil perancang
- Kegagalan implantasi
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.