
Anonymous
5 tahun
Datang bulan berpanjangan
Assalamualaikum DR Fatahiyah…
Sy hanani… Sy sekarang mengalami period yg berpanjangan >18hari… Darah berwarna coklat pekat seakan koko… Likat…
Soalan saya :
- adakah keadaan ini membimbangkan dan sy perlu ke klinik sakit puan segera? Atau tunggu shh shgga darah berhenti sendiri
- bgaimana dgn ibadah saya, bolehkah sy solat
Sekian. Jawapan doktor berikan sy dahului dgn ucapan terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab soalan pertama anda, haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Jika keadaan ini berlarutan dan sehingga membawa mudarat kepada kesihatan, sila berjumpa dengan doktor hospital dengan segera.
Untuk ibadah solat anda, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam mazhab al-Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam. Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang keluar disebabkan oleh penyakit.
Untuk itu, bagi darah yang keluar selepas daripada 15 hari maka ia tidak dikira sebagai darah haid dan solat adalah wajib ditunaikan pada waktu itu.
Namun untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.