
Anonymous
6 tahun
Datang bulan lebih dari 15hari
Saya berumur 25tahun, saya mengalami period berpanjang. Termasuk hari ini dah 15hari. Tapi darah tak banyak sangat.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda.
Haid yang melebihi daripada 7 hari adalah dikatakan sebagai 'Menorrhagia’.
Menorrhagia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.Walaupun kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu.Namun terdapat beberapa kaitan simptom yang telah dikenal pasti seperti:
- Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
- Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)
- Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
- Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.